Kadang-kala ketika saya amat sibuk dan memerlukan masa untuk bersendirian, saya amat tidak bersedia untuk berkomunikasi dengan sesiapa jua walau dengan apa cara sekalipun. Akan tetapi, saya merasakan bahawa ada sesetengah pihak yang terlalu banyak masa memikirkan kenapa saya begitu dan kenapa saya begini yang akhirnya membuatkan pihak-pihak tersebut terus-terusan menyalahfahami diri saya yang mengakibatkan pihak-pihak itu mengeluarkan kata-kata kesat secara langsung atau tidak langsung.
Saya berasa amat hairan kerana orang yang sesederhana saya amat tidak difahami oleh pihak-pihak lain. Komitmen kerja dan tanggungjawab saya membuatkan saya terpaksa menidakkan atau mendiamkan diri daripada menerima apa jua bentuk komunikasi. Bukan saya sengaja untuk tidak berkomunikasi. Kadangkala komitmen tugas menyebabkan saya terpaksa meninggalkan meja kerja dan terus memutuskan komunikasi secepat dan sepantas mungkin.
Saya amat menghormati kawan dan lawan, akan tetapi rasa hormat saya akan hilang seandainya tuduhan melulu dilemparkan kepada saya. Saya mengakui yang saya bukanlah seorang manusia yang sempurna, tapi saya mengharapkan agar diri saya difahami. Berikan saya ruang untuk bersendiri dan menyelesaikan masalah dan tanggungjawab saya sendirian kerana semenjak kecil saya dibesarkan untuk melakukan segalanya sendiri(saya tinggal berjauhan dengan arwah bapa semenjak umur 4 tahun dan 14 tahun kemudian saya ditinggalkan terus sendirian bersama ibu dan adik). Keterbiasaan ini membuatkan saya amat berdikari tanpa memerlukan apa jua bentuk bantuan termasuklah menjadi pendengar setia. Saya amat menjaga rahsia peribadi saya kerana pada saya, tidak semua hal peribadi saya boleh dikongsi dengan sesiapa sahaja.
Didikan ibu yang tidak menginginkan saya menyibuk dan mengganggu urusan orang lain membuatkan saya selesa hidup sendiri tanpa gangguan. Relakan saya begini kerana saya amat-amat menghargai kefahaman pihak-pihak ini.
Syukurlah saya mempunyai bakal teman hidup yang memahami. Itu yang lebih penting untuk diri saya sekarang ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Readers' Says:
Post a Comment