Here are some news on the local newspaper. Pic will be posted soon as mama is so tired. I need a very good holiday.....mana mau pigi daa?? X pi holiday tp pi spa pon ok gaks :D
From Berita Harian (written by a friend of mine....tq Abg Ayam... ;)) )
Sime Darby terbit sekuriti Islam RM4.5b
Oleh Kamarulzaidi Kamis
kamarulzaidi@bharian.com.my
SIME Darby Bhd semalam memeterai perjanjian bagi menerbitkan sekuriti Islam bernilai RM4.5 bilion bagi membiayai aktiviti pengambilalihan, perbelanjaan modal dan keperluan modal kerjanya.
Konglomerat itu melantik Maybank Investment Bank Bhd sebagai penasihat utama, pengatur induk dan pengurus bersama terbitan itu yang membabitkan Program Nota Islam Bertempoh Sederhana (IMTN) berjumlah sehingga RM4.5 bilion dan Program Kertas Komersial Islam(ICP)/IMTN berjumlah sehingga RM500 juta dengan had terkumpul bagi kedua-dua terbitan itu adalah sebanyak RM4.5 bilion.
Majlis memeterai perjanjian bagi terbitan itu disempurnakan di Kuala Lumpur semalam.
Pada majlis itu Sime Darby diwakili Presiden dan Ketua Eksekutifnya, Datuk Seri Zubir Murshid dan Ketua Pegawai Kewangannya, Tong Poh Kew, manakala kumpulan Maybank diwakili Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar serta Pengarah Urusan dan Ketua Pasaran Hutang Maybank Investment, John Chong.
Hadir sama pengurus bersama lain terbitan itu iaitu CIMB Bhd yang diwakili Timbalan Ketua Eksekutifnya, Lee Kok Wan; Pubic Bank Bhd oleh Pengarah Urusannya, Tan Sri Teh Ah Lek dan Ketua Eksekutif Public Investment Bank Bhd, Teoh Cheng Soon.
Abdul Wahid dalam kenyataan yang dikeluarkan Maybank berkata, kumpulan perbankan itu berbesar hati diberi kepercayaan mengu-ruskan terbitan itu dan membantu dalam memenuhi keperluan pembiayaan jangka sederhana dan panjang Sime Darby.
“Kekukuhan penarafan AAA yang diberikan kepada program terbitan hutang Islam itu menggambarkan kedudukan Sime Darby sebagai konglomerat peneraju dan syarikat perladangan terbesar global yang tersenarai di pasaran saham.
“Kami juga yakin program itu akan menyuntik modal ke dalam pasaran modal tempatan dan meningkatkan ia sejajar dengan inisiatif kerajaan sebagai pusat kewangan Islam terkemuka global menerusi Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia (MIFC),” katanya.
Abdul Wahid juga yakin bahawa pelabur akan mendapati nota yang diterbitkan di bawah program hutang Islam itu adalah pelaburan bernilai bagi portfolio dan strategi pelaburan mereka.
“Program terbitan Islam itu disusun berasaskan prinsip Musyarakah yang diterima secara meluas dan popular di kalangan peserta pasaran modal tempatan dan global,” katanya.
Thursday October 15, 2009
Lead managers sign pact for RM4.5b Islamic programmes
KUALA LUMPUR: Maybank Investment Bank Bhd, the lead arranger for Sime Darby Bhd’s Islamic debt issues that amounted to RM4.5bil, announced yesterday the signing of the programmes with joint lead managers CIMB Group and Public Investment Bank Bhd.
The programme was approved by the Securities Commission on Sept 24.
“The Islamic programme is structured based on the widely accepted Islamic finance principle of Musyarakah, which is very popular with local and international capital market players,” Maybank president and chief executive officer Datuk Seri Abdul Wahid Omar said in the statement.
He said the strength of the AAA-rated Islamic programmes reflect Sime Darby’s position as a leading conglomerate and the world’s largest listed oil palm plantation group.
He expressed confidence that investors would find the notes issued under the Islamic programmes a “premier investment and a valuable contribution to their bond portfolio and investment strategy.”
Proceeds from the exercise would be utilised to finance Sime Darby’s acquisitions and capital expenditure, working capital, as well as to refinance certain debts obligations.
1 Readers' Says:
wow wiii project besaq ni!
All the best Cheyah.
A treat at a spa semestinya best!!! :D
Post a Comment