Tuesday, January 13, 2009

Airmata 2009

Tirai 2009 ku lalui dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan.Puteri sulung kami sudah pulih dari masalah pada matanya. Kata Dr. Azura, everything is fine for now but she needs to go for another check up in june in order to detect if she has retinal detachment, myopia (nearsightedness), strabismus (crossed eyes), amblyopia (lazy eye), and glaucoma. I hope she won't be suffering any of these. Enough of suffering for her.

Sedang kami bergembira dengan kesihatan sang Puteri yang semakin baik, kami dikejutkan dengan berita kekejaman Israil di Gaza. Serangan demi serangan yang mengakibatkan banyak nyawa yang tak berdosa melayang.

Paling menyedihkan Hospital Shifa' diserang tanpa perikemanusiaan. Yang menjadi mangsa anak2 kecil yang baru lahir. Bayangkan bayi2 kecil terpaksa berkongsi ventilator, cot. Aduhaiiii........malangnya nasibmu anak. Bayangkan apa yang akan berlaku kepada mereka. Dengan ketiadaan bekalan elektrik mana mungkin ventilator yang ada boleh beroperasi secara optimum.

Semoga Allah melindungi kalian. Kamu tidak berdosa duhai anak. Andai aku mampu membawa kesemuanya kesini untuk rawatan, aku sanggup apa sahaja kerana Puteri sulungku mendapat segalanya dengan sempurna disini. Tapi apakan daya, aku hanya mampu berdoa agar semua siksaan ini tamat secepat mungkin.

Celakalah kamu wahai Yahudi!!!!!!! Allahhu Akbar!!!!!!!!!!!