Friday, June 18, 2010

Pemakanan Anak Anda

Terbaca satu artikel  bertajuk "Tak pernah makan nasi" di Harian Metro hari ini. Satu artikel yang menarik perhatian saya hari ini.

Teks artikel tersebut adalah seperti berikut.

Bagi Mohd Faiz Hilman Ahmad Edwin,Mohd Faiz Hilam Ahmad Edwin yang hanya makan biskut, kek, roti, nuget dan bebola ikan sebagai sarapan pagi, tengah hari dan malam.

Ibu kanak-kanak itu, Norzarihan Hashim, 35, berkata dia pernah cuba memberi bubur nasi kepada Mohd Faiz ketika berusia enam bulan, namun anaknya itu memuntahkan semula selepas disuap.


Katanya, anaknya seolah-olah geli apabila melihat sisa nasi melekat pada jari dan sering menyembunyikan diri sebaik cuba disuap makanan itu.


“Walaupun akur dengan keadaan menimpa Mohd Faiz, namun saya tetap mencuba untuk memberinya nasi, tetapi dia tetap bertindak menutup mulut dan melarikan diri mengelak disuap menyebabkan saya buntu.


“Malah, dia sering menjauhkan diri setiap kali saya dan suami serta adik-beradiknya yang lain menjamu selera di meja makan,” katanya ketika ditemui semalam.


Menurutnya, dia sentiasa membawa bekalan biskut setiap kali membawa anaknya itu keluar bersiar-siar termasuk menghadiri kenduri perkahwinan disebabkan tabiatnya yang tidak suka memakan nasi.


Katanya, dia pernah membawa Mohd Faiz berjumpa bomoh untuk merawat tabiatnya itu, namun masih tiada perubahan, sebaliknya anaknya tetap tidak mahu memakan nasi.


“Saya hairan dengan masalah menimpa Mohd Faiz kerana adiknya, Maisarah Afia yang baru berusia tujuh bulan sudah mula memakan bubur nasi manakala anak sulung, Marsha Erlina, 8, juga tidak menghadapi masalah menjamah nasi,” katanya.


Mohd Faiz yang kini belajar di Taska Abim, Parit adalah seorang kanak-kanak yang aktif dan membesar seperti rakan sebaya lain.


Malah, dia bercita-cita mahu menjadi doktor dan begitu meminati mata pelajaran Matematik dan Sains serta aktif dalam sukan bola sepak.


Norzarihan berkata, dia akan membawa anaknya berjumpa dengan pakar pemakanan dalam tempoh terdekat dan berharap masalah dihidapi anaknya itu dapat diatasi.


Sebagai seorang ibu, saya tidak selalu menggalakkan anak memakan nasi setiap masa walaupun sedar nasi adalah makanan ruji bagi rakyat Malaysia dan Asia keseluruhannya.


Anak saya mula mengambil makanan pejal ketika berusia 1 tahun. Saya mulakan dengan bijirin, buah-buahan yang dikisar halus dan bubur nasi. Walaubagaimanapun, seminggu saya hanya akan menyediakan hidangan nasi sebanyak 2-3 kali sahaja dan pada hari-hari yang lain saya akan menyediakan pelbagai jenis hidangan kepada anak saya.

Antara hidangan yang saya sediakan adalah :

1. Kentang lenyek beserta sos (brown gravy)
2. Makaroni sup dengan ayam,brokoli,kentang dan lobak merah
3. Labu dengan oats dan brokoli
4. Makaroni minestrone (sup tomato)
5. Spaghetti dengan sup sayuran (bunga kobis, asparagus, lobak merah, kentang)
6. Sandwich telur dan keju
7. Nasi goreng cina beserta sayuran
8. Kentang goreng, sayur campur dan ayam panggang (ayam dicarikkan dan goreng tanpa minyak dengan sayur)
9. Lempeng berinti sayur dan mayonis

(Jenis hidangan bertambah apabila umur anak meningkat)

Saya juga menyediakan sendiri puri buah-buahan seperti yang boleh didapati di pasaraya seperti puri epal, puri pear, puri pisang dan puri mangga. Walaupun lebih mudah membeli dari kedai, saya lebih gemar memasak sendiri kerana seandainya anda membeli dari kedai atau pasaraya, susah tentu makanan bayi tersebut akan mengandungi bahan-bahan kimia untuk memanjangkan jangka hayat makanan tersebut. Untuk membuat puri buah-buahan amatlah mudah. Anda cuma perlu merebus buah-buahan tersebut bersama sedikit kulit kayu manis sehingga lembut dan kemudian kisar.
Untuk mangga dan pisang anda hanya perlu terus kisar dan hidangkan

Selain daripada itu, cara menghidang juga amat penting. Ini telah dipraktikkan oleh masyarakat Jepun sekian lama yang dipanggil Bento. Saya telah pun membeli dan menjual alat-alat untuk membuat bento untuk menarik perhatian kanak-kanak untuk makan makanan seimbang.

Sebagai seorang ibu, saya berpendapat bahawa ibu-ibu perlu kreatif untuk menarik minat anak-anak untuk makan. Sebolehnya elakkan makan makanan yang diproses seperti nuget,hotdog,fishball. Sebaiknya cuba belajar membuat sendiri makanan tersebut atau gantikan dengan bergedil, tauhu dan tempe. Hias buah-buahan dan sayuran supaya nampak lebih menarik. Dapatkan buku untuk resipi makanan untuk anak anda. Yang terbaru buku hasil tulisan Puan Wardina Safiyyah bertajuk "Mama Saya Lapar". Terdapat berbagai-bagai tajuk buku dalam Bahasa Inggeris berkenaan pemakanan kanak-kanak. Resipi percuma juga boleh didapati melalui internet. Kita boleh ubah mengikut citarasa kita.

Untuk ibu yang mengalami masalah seperti kanak-kanak tersebut, saya cadangkan agar anda menggunakan sudu apabila ingin menyuapkan anak anda makan serta hias makanan anak anda dengan menarik untuk menggalakkan dia makan. Anda juga boleh menukar nasi kepada karbohidrat yang lain seperti roti, kentang, ubi keledek dan sebagainya.




Diucapkan selamat berjaya kepada ibu-ibu seluruh Malaysia.


XOXO.....
Anak daraku suka makan semua benda yg mama masak

Wednesday, June 16, 2010

2 Months Stories

Finally, after 5 months of hard work of doing assignments, studying, sacrifice my sweet times with my beloved husband and our lovely little Safiyyah my exam results was released yesterday.

Had 2 A- and 1 B+. The worst thing was my B+ is the subject which i think the easiest to get an A. Tensen tol laaaa.......but i take it as my mistake for taking the subject for granted. Amikkkkkk.....padan muko!!!

So this semester i will need to double my work besides i promised to my Geng Bas Sekolah that i will teach them Accounting and Microeconomics. Hopefully i can still remember the debit and credit transactions as well as demand and supply curves. So guys, i am already started reviewing the books and writing down some notes for all of you. Kot ada yg nak withdraw lg mmg nk kena la tuh!

I am getting new interest now which is sewing.......YES, I am serious about it!!!!. I sew pants for my daughter as well as Curry Puff shape pillow for her. y curry puff? that is the easiest shape can i do and besides it was a leftover cloth which i tried to make some seat pouch for her.

Our Little Safiyyah started to stand and move few little steps forward since a week ago. It's been a long time for us to wait and watch her little footsteps. A great achievement for her being a preemie. TETAPI........kalo time merajuk, mengamuk seduit pun x guna. Dia punya tunjuk perangai....adoi laaaaaaa......peninnnnn!!!!

On the other hand, i did apply for an education assistance which the staff will be able to claims all the expenses throughout the duration of studies and will be reimburse by the company. It is some kind of scholarship but the amount paid is only 75% of the total cost of studies. Unfortunately, she put a negative comment on my application. By means that she will not allow me to take leave excepts for exam.

My performance appraisal this year affected by her mood. Getting just above the average rate, i was told that i am not accomodating enough for the department. Until now, i do not know what does she meant by not accomodating dan aku pun tak kuasa nak tanya. What i do this year was i did not confronted her. I just let her talk n talk and signed off the form. Rejecting my request for attending treasury training, she mentioned in the form that i will need to go for BASIC ACCOUNTING & FINANCE course. Being an Accounting Diploma holder and 3 years working experience in various accounts department, i have enough BASIC KNOWLEGDE in Accounting. I don't need that. I need something related to work. With a comment that i will be promoted as an executive if i do well in my degree, make me sick of it. Ok, fine! I'll take the challenge. I will get a good grade! A GOOD ONE!!!! After i graduated, i will no longer work for you! This is a promise to myself. I don't want to see your face anymore!
 

XOXO....

My dearest hubby....

It's because your doa' and your blessing i get good grades though i may lack of time studying due to my illness during weeks of exams. 

My dear Humaira Safiyyah...

I am so sorry to sacrifice our precious moments together. I promise you to have good grades until so that i will have 1st Class Degree.

My lovely Mak....

Thanks for being with me all the time. For taking care of my daughter while i need to study prior to my exam.