Friday, August 14, 2009

Pergi Tak Kembali

Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya

Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang...kesana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan ke mbali lagi



Lagu ini pertama kali ku dengar sekitar penghujung 90-an. Ketika itu aku masih belajar di Shah Alam. It was a great song. I really enjoyed listening to it. Mengingatkan tentang mati, tentang amalan, tentang dosa, tentang doaku sebagai anak kepada arwah abah. It reminds me everything while listening to the song. Bila masaku akan tiba? Bagaimana aku mati? Siapa yang akan berada sisiku saat kematianku? Siapa yang akan mendoakan ku nanti? Semuanya menjadi persoalan yang akhirnya akan menyebabkan aku mengalirkan air mata.

Andai aku diberi peluang, aku tidak mahu mati sekarang kerana dosaku masih belum terampun.

Ustaz Asri yang aku kenali hanya pada luaran cukup istimewa kurasakan. Alunan suara yg merdu membuatkan hati tersentuh dan terus insaf dengan kekurangan diri yang ada. Hilangnya dia dari dunia yang fana ini menjadikan seolah-olah sepi dunia dari alunan merdu suaranya yang mengajak kita ke arah kebaikan.

Hati ini amat tersentuh. Dialah artis pertama yang kutangisi kehilangan.Bagiku, dia bukan artis. Dia lebih kepada seorang ustaz yang mengajak kita sentiasa mengingati Allah.

Buat Puan Haliza dan anak2....takziah kuucapkan. Semoga rohnya ditempatkan disyurga bersama-sama dengan Rasulullah dan sahabat2nya. Tabahlah ummi dan anak2 mengharungi cabaran dan dugaan hidup tanpa suami dan abi tersayang. .....Al-Fathihah....


Petikan dari blog Ustaz Asri Ibrahim........

"Aku adalah pengejar syurga akhirat, bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat; aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu. Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas. Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku."

2 Readers' Says:

Anonymous said...

sedih sgt ustaz asri dh xde. rase cm nk nangis je bile buka astro oasis n tgk die berzikir. ijt harap die akan diletakkan di tempat orang yg beriman, kuburnya luas seindah taman. tahun lepas die pernah dtg ceramah kt skolah ijt mase maulidur rasul. dapt slm die, ijt mcm xnk lepas je tgn die. sedih sgt daripada kematian micheal jackson tu

lina said...

Cheyah,
Selamat menyambut Ramadhan! :)