Thursday, October 8, 2009

Kawan, sahabat dan teman

Dah lama aku nak menulis tentang tajuk ni tapi masanya belum tiba. Dan mungkin juga kerana aku masih belum ada kekuatan untuk menulis tentang ini.

Aku ada seorang kawan dan bagi aku dia masih seorang kawan....macam dulu....bezanya kami pernah ada perbalahan setahun yang lalu. Punca awalnya kerana aku berselindung akan sesuatu. Bagi aku, bukan salah aku kerana berahsia. Aku ingin menjaga hati kawan tersebut. Akan tetapi sikap berahsia aku ketika itu disalah ertikan hingga aku dituduh membelakangkan kawan. Mana mungkin aku bercerita dengannya ketika itu kerana aku tahu dia seorang yang sensitif. Terlalu sensitif. Untuk mengelakkan berlakunya kes rajuk yang tak sudah, elok saja aku berdiam diri. Tapi lain pula jadinya. Makin teruk rajuknya hinggakan pada ketika itu aku ditimpa musibah sedikit pun tidak di ambil peduli. Kawankah itu?

Akhirnya kami berkonfrantasi selepas beberapa bulan hal itu berlaku. Kedua-duanya tidak mahu mengakui kesalahan diri. Kata suamiku, aku terlalu menurut hati. Kawan tetap kawan walaupun baik atau buruk.

Baru-baru ini aku terdengar dia ada perancangan yang besar. Tidak ku bertanya kerana mungkin itu terlalu peribadi baginya hinggakan tidak mahu berkongsi dengan aku padahal kisah itu ditatapi semua.Aku tunggu dia berbicara dahulu sebelum aku bertanya. Bagiku, dia ada alasan sendiri tidak mahu bercerita pada kawan yang seorang ini. Itu aku hormati. Tak mengapa, nanti sampai masanya dia akan bercerita juga. Aku menanti dan masih menanti saat itu. Tidak susah untuk memahami dan menghormati pendirian seorang kawan. Beranggapan baik dengan tindakannya sudah memadai. Tapi kenapa dia tidak boleh beranggapan seperti itu padaku dahulu? Salah aku kah itu?

Kalau diikutkan hati panasku, tak ingin aku ada kawan sepertinya lagi. Tapi akal warasku memujuk....dia masih seorang kawan, seorang teman dan seorang sahabatku...hormati apa jua tindakannya dan terima dia seadanya.....





~ ada kala kesilapan seseorang tercipta tanpa disedari, begitu juga ada kala kita memaafkan kesalahan orang pun tanpa kita sedari juga~ (sepi pun datang....oct 2009)

2 Readers' Says:

azieazah said...

Hmmm....
berada di ruang lingkup peristiwa di antara dua kawan, saya melihat tiada siapa pun yang harus dipersalahkan..

Kan semua orang ada sebab dan alasan?
Memulakan sesuatu bicara dgn niat memulihkan keadaan, adalah jalan terbaik.

Kuatkan diri, yakin bahawa kita berusaha menjernihka suasana..

Teruskan niat baik itu..

*Tagline yg akhir itu, Kak Azie izinkan.. hikhikhik!

Mazatul azura said...

Kadang-kadang.. susah nak jernihkan air yg pernah keruh.. Tapi Insya-Allah... sentiasa berusaha merapatkan semula hubungan yg pernah renggang akan membuahkan hasil terbaik...