Monday, July 11, 2011

Rindu

Rindu untuk menulis di blog kembali lagi. Sekian lama rindu ini terpendam kerana saya tiada kemudahan internet di rumah. Rindu untuk meluahkan rasa hati yang terbuku selama ini.

Rasa gembira, marah sedih,pilu semuanya ada dihati. Ingin aku luahkan segalanya di sini kerana Muka Buku hanyalah sekadar luahan sepotong ayat. 

Aku suka menulis mengikut gayaku tidak kira Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris walaupun ada yang berkata Bahasa Inggeris yang ku tulis itu salah tatabahasanya (yang berkata adalah graduan lulusan pengajaran Inggeris dan mengajar Bahasa Inggeris. Andai salah betulkan, bukan sekadar komen)

Banyak yang berlaku di dalam hidupku yang menggembirakan, tak kurang juga yang memeritkan. 

Rindu menulis datang lagi walaupun aku terlalu sibuk dengan berbagai urusan kerja, rumah dan belajar.

Aku ingin menulis lagi secepat mungkin kerana dengan menulis di sini membuatkan hati dan perasaan ini sedikit terubat....












1 Readers' Says:

azieazah said...

Teruskan. Kami sedia membaca dan berkongsi pengalaman dan komen yang mungkin menggembirakan..



Aura Seperti Ini Memang Sukar Nak Cerita...