Thursday, July 10, 2008

Apa ku rasa......

Di ketika ini, saya berasa terlalu sedih, bimbang, gusar, resah dan berbagai-bagai rasa yang bercampur aduk disebabkan oleh satu perkara, Adik kesayanganku.

Dia lahir empat tahun selepas kelahiran saya. Kami 2 beradik sahaja. Memang manja. Tak pernah susah walaupun arwah abah dah lama meninggal. Emak dan nenek sentiasa di sisi setiap masa.

Dilahirkan dalam keluarga yang kecil membuatkan kami rapat walaupun seringkali bertelagah dan seringkali pula sentiasa bekerjasama. Sebagai lelaki tunggal dalam keluarga, dia menjadi 'protective' , garang and panas baran. Pantang silap skit ada la yg menjadi isu.

Walauapapun, saya tetap menyayangi adik. Terlalu sayang. Sehingga sekarang tiada apa yang tidak pernah saya penuhi termasuklah wang ringgit. Apa sahaja untuk adik kesayangan. Saya tidak pernah berkecil hati dengan adik kesayangan sehinggalah berita yang diterima baru-baru ini menghancurkan hati saya.

Sejak setahun kebelakangan ini, adik ada kawan perempuan. Suriani namanya. Orang Kuala Nerang. Muda lagi. 22 tahun kalau tak salah. Tapi sepanjang mereka berkawan, dah terlalu banyak kali bertandang ke rumah. Saya tidak pernah bertemu kerana berada di sini. Alhamdulillah, syukur kerana saya bimbang gerak geri saya membuatkan adik atau emak terasa hati. Bagi saya yang masih kolot ni, tak manis dipandang orang bila anak dara bertandang ke rumah teruna. Saya pun tidak pernah begitu. Sebelum menikah hanya 2 kali bertandang ke rumah bakal mertua. Itupun sekejap cuma. Pertama kali untuk diperkenalkan kepada bakal mertua dan kali kedua untuk menghantar kad kahwin dan dulang yg dikirim bakal suami. Cuma itu sahaja sehinggalah majlis pernikahan kami.

Baru-baru ini saya dikejutkan dengan berita yang adik ingin bertunang. Tarikhnya 31 Julai ini. Mengikut kata emak, pihak perempuan ingin menyegerakan majlis kerana anak dara sulung mereka laku. Ramai sangat yang menghantar pinangan. Jawab saya, andainya mahu, terima saja. Tak perlu tunggu adik. Hati yang panas makin membara kerana suami tidak di pihak saya. Biarkan mereka menikah katanya.

Masakan nak menikah andai adik baru bekerja. Simpanan pun tiada, mana mungkin ingin menikah dalam masa terdekat. Aduhai adik.....

Masa makan tengah hari tadi dia menelefon inginkan nombor Pak Ngah. Mungkin atas arahan emak untuk meminta izin dan restu kerana Pak Ngah pengganti arwah abah. Ku pujuk adik sebaik mungkin. Minta ditangguhkan dulu pertunanangan kerana 31 Julai hari bekerja dan tak mungkin kami dapat balik ke sana. Dalam keadaan saya sekarang tentunya suami tak mengizinkan saya pulang sendirian. Malangnya dia berkeras tetap mahukan tarikh itu untuk bertunang. Cuti Hari Raya Aidilfitri tak mungkin kerana berkemungkinan besar dia tidak dapat bercuti. Bertunang tak perlu si teruna pergi, wahai adik. Cukup hanya pihak keluarga yang bertandang.

Saya kebingungan. Terus menelefon emak. Emak sejak seminggu dua ini tidak keruan kerana memikirkan masalah adik. Kata putus telah diambil, perlu minta bantuan Pak Ngah untuk menasihati.

Saya bimbang seandainya menikah, adik tak mampu menyara keluarga. Mana mungkin dengan gaji yang sedikit mampu memberikan kesenangan kepada sang isteri yang 'demanding'. Dengan hantaran kurang empat ratus mencecah lapan ribu ringgit membuatkan saya rasa meluat dengan keluarga sang perempuan. Mereka seperti ingin menjual anak kerana masa saya menikah dahulu, emak hanya menetapkan Mahar tanpa belanja hantaran, itu pun selepas persetujuan kami yang bakal berkahwin. Mereka terlalu mengejar wang. Mungkin merasakan kami keluarga berada agaknya. Sakitnya hati bila memikirkan hal ini.

Aduhai adik, fikirkan dengan tenang, jangan terburu nafsu. Banyak lagi rintangan di hari depan sebagai seorang suami dan lelaki. Tanggungjawab yang terlalu berat untuk dipikul.

Duhai airmata, berhentilah mengalir, usah ditangisi walaupun dia adik kesayanganmu.

Duhai adik, andai kau tahu apa yang aku rasakan, kamu tidak akan begini. Kakak sayang kamu. Teramat sayang. Hanya kita berdua di dunia ini. Tiada yang lain lagi. Kakak bimbang andainya pernikahan ini terjadi, kakak kehilangan adik yang disayangi.











4 Readers' Says:

harnisafarina said...

Uish..apa la depa nie, nak juai anak ka apa. cun sgt ka minah tu?

Kawin ni bukan benda main2. Bukan utk tunjuk2 kat org. Kalau mintak hantaran mahai2 tapi 2-3 tahun dok ikat perut bayaq utang buat apa? Kawin ni komitmen seumur hidup. Bukan utk sehari dua. Ish. Aku risau la..kesian kat hang.. sabaq naa..harap2 dia mau la dengaq nasihat hang dgn mak hang.

azieazah said...

Ikatan keluarga tidak akan putus sampai bila2.. tp awas boleh tercalar oleh orang luar..

Melangkah 1 step lagi dlm kehidupannya, bukan suatu keputusan mudah. Dia perlukan panduan, nasihat (gertak jika perlu.. hehehe)

bukan kerana apa.. kerana sayang, kerana kasih.. kerana kasihsayang... yg sudah tentu tidak dapat dinilai dengan apa pun jua...

lina said...

begitulah sifat kakak. Adik aku dulu, lepas habis U terus nak kawen. Ada ka kawen pakai duit belen PTPTN. Tapi sebab Mak Ayah dah restu (dari bertandang kat rmah pagi petang siang malam) - dah selamat kawen for 1 year. (tapi takde kes demand-demand ni lah...)

Anonymous said...

kirah..sabaq no...berdoa byak2..mantau lmbut ati adik hang tue dengaq nasihat hang...tingat anak menakan aku kt kg tu...la ni bercinta sakan...payah nak jaga tue...budak laki la ni depa ingat kawin tu senang kot...