Tuesday, August 12, 2008

Apa yg saya lihat pagi ini

Sejak kecil saya akan dibawa menaiki kereta ke mana2 kecuali kadangkala ke kedai berhampiran membonceng motosikal dengan arwah abah.Andainya menaiki kereta, dia akan memastikan pintu tempat duduk belakang berhampiran kami dikunci untuk mengelak kecelakaan. Semuanya akan dipastikan selamat dahulu baru dia memulakan perjalanan. Begitu juga seandainya membonceng motorsikal. Dia akan memastikan topi keledar diikat sempurna dan dia akan memastikan saya memeluk pinggang dengan kuat. Dia juga akan memastikan saya tidak tertidur ketika membonceng (abah memang paham anak dia kaki tidoq...hehehe)

Seringkali juga apabila melihat 1 keluarga beserta anak/anak2 kecil menaiki motosikal bersama membuatkan saya merungut kerana perkara ini boleh mengundang kecelakaan. Lebih membahayakan andai ada bayi kecil dalam dukungan atau anak yang tertidur di dalam raga motor. Bayangkan apa yang berlaku andainya ada kecemasan di tengah jalan. Aduhaiiiiii........kenapa mempertaruhkan nyawa anak sendiri???

Andainya rungutan didengari mak, she will keep saying this " nak buat macam mana....they can't afford to have a car like us"...jawapan mudah saya.."take a bus or taxi"...susah sikit takpa..jangan menyesal di kemudian hari.

Ada juga bapa2 yang bangang. Kenapa saya berkata bangang???? Kerana ketika memandu, mereka akan memangku anak di ribaan. Andai ada kemalangan atau anda terpaksa menekan brek kecemasan tentunya membuatkan anak terhantuk ke stereng kereta. Malang lagi andai anak anda tercampak keluar. Tolong lahhhh..........nyawa anak anda amat berharga. Seperti biasa, rungutan saya pada suami..."keta ja besaq,mahai...tapi bangang.....nak beli car seat anak pun kedekut".....Saya merayu kepada semua. Korbankanlah sedikit wang anda untuk keselamatan anak, belikan car seat untuk bayi anda. Tak mahal. Ada yang tak sampai seratus ringgit. Beli rim mehei2 ribu riban bulih plak....heran aku menesia nih....

Pagi ini di simpang jalan kawasan tempat tinggal saya berlaku lagi kejadian ini. Sepasang suami isteri sudah siap berpakaian ke pejabat menghantar anak ke rumah pengasuh mungkin, berada di tengah2 jalan untuk melintas ke arah kami. Saya rasakan mereka menyeberang dari simpang bertentangan.Si kakak duduk di tengah2 antara si ibu dan si ayah. Si adik pula terkulai di lengan si ayah di dalam raga motorsikal Bayangkan andainya tiba2 si ayah hilang kawalan, apa yang akan berlaku???? (jalan di sekitar gombak bahaya skit. pemandu loklaq.....). Tak dapat saya bayangkan. Terus ketika itu menjerit kepada suami agar berhati2 kerana mereka berada berhampiran kami....bagi saya, apa salahnya bersusah sedikit. Hantar anak dengan kereta dahulu kemudian berpatah balik tukar motor ke pejabat. Andainya tiada kereta, seeloknya si adik di pangku ibu dan si kakak duduk didepan dalam raga motor. Jangan lah mempertaruhkan nyawa anak yang tidak ternilai itu. Harta kita didunia dan akhirat.

Masih terbayang-bayang kemalangan di sungai petani beberapa bulan lalu. Kecuaian si bapa memandu kereta tanpa memastikan pintu kereta dibahagian tempat duduk belakang di kunci sempurna menyebabkan si anak berusia 18 bulan tercampak keluar. Yang lebih menyedihkan laporan di Buletin Utama menyatakan bahawa kepala anak hampir putus digilis tayar kereta si bapa. Ketika pihak hospital menyerahkan jenazah si anak yang siap dikapankan kepada si bapa kelihatan kepala si anak terkulai. Menitik air mata melihat kejadian itu.

Harapan saya agar tiada lagi kejadian-kejadian yang melibatkan kecuaian ibu bapa berlaku. Pastikan semuanya selamat sebelum anda memulakan perjalanan.

4 Readers' Says:

Izz Qayyim said...

toi tu kirah..det byk pakat tukag tayar lah beli rim lah buleh..pehtu nak pi makan kedai sedap2 buleh tapi nak beli seat anak x bleh!korbankan la perut tu skit demi keselamatan anak.kat sini seat baby tu wajib..ha la!ma x boh berdosa tuhhh..hehehe..senang cita,klu x mampu beli child seat xyah ada gheta!bukan mehai sgt la pon..bleh guna smapai anak 6thn apa..tapi tu la kan..sikap!nak seribu daya,xnk seribu dalih..sama2 la kita amik ikhtibar no!

Anonymous said...

Tiap kali accident camni mmg saya rase sedih sgt sbb parent sebenarnye buleh sgt prevent benda tu. Tp nak buat camne ramai yg kurang sedar. Even mak saya mase blk Mesia aritu bleh ckp "takpe dekat je xyah pakai childseat pun xpe". Sabo je lah. Sbb 'malang tak berbau' la saya pakai kan juga childseat walaupun dekat.
Satu lg. Mak yg dok blakang jaga anak pun better pakai seatbelt jugak. Sbb ialah anak n laki pakai seat belt, xkan mak tak pakai kot.

lina said...

selalu nampak dan selalu takut tengok... orang kita lebih pentingkan mudah dari keselamatan. Ngeri tengok satu motor boleh naik sampai 4 org. Jalanraya Malaysia ni bukan sarkas! Em alahai...

azieazah said...

Itu bagi yang ada kereta...

yg dok naik motor lagi risiko tinggi...

hmmmm fikir ler sendiri...

*tiap kali tengok anak kecik duk sekali dgn drebar depan stering, rasa nak bagi penampor jerrr...pastu nak sebut BODO....!