Sunday, November 23, 2008

Buat baik berpada-pada...buat jahat jgn sekali

Pada zaman Rasulullah S.A.W, baginda sering memberi makanan kepada seorang pengemis tua yang buta. Walaubagaimanapun, pengemis tersebut adalah seorang kafir yang amat bencikan Rasulullah dan dia tidak mengetahui bahawa lelaki yang datang padanya setiap waktu makan dengan memberinya makanan itu adalah Rasulullah. Setiap kali Rasulullah memberinya makan, dia akan bercerita Muhammad begitu dan Muhammad begini. Semuanya yang buruk-buruk belaka. Seorang yang semulia Rasulullah hanya berdiam diri dan terus memberi pengemis tua itu makan tanpa sebarang kata. Perkara ini dilakukan setiap hari sehinggalah Rasulullah wafat.

Selepas kewafatan Rasulullah tercinta, salah seorang sahabat baginda mengambil alih tugas tersebut. Ketika memberi pengemis tua itu makan, pengemis tua itu menolak makanan yang disuap kepadanya. Kata pengemis tua itu, "kamu bukan orang yang selalu memberi aku makan kerana orang yang memberi aku makan itu akan melumat-lumatkan makanan ini sebelum menyuapkan kepada aku. Dimana orang itu?" Kemudian sahabat tersebut menangis teresak-esak lalu berkata " Dia adalah Rasulullah, Kekasih Allah. Dia tidak akan datang ke sini lagi kerana telah meninggal dunia". Setelah mendengar kata-kata sahabat tersebut, maka pengemis tua itu insaf lalu memeluk agama Islam.

Sifat Rasulullah yang mulia itu patut dicontohi oleh semua umat Islam, walaupun di caci dan di hina, Baginda tetap membalasnya dengan baik dan tidak berdendam sama sekali. Malangnya saya masih tidak dapat mencontohi sifat mulia Rasulullah. Saya tidak berdendam tetapi tidak dapat melupakan apa yang telah dilakukan oleh individu-individu tertentu yang telah melakukan sesuatu kepada saya. Melukakan hati dan perasaan saya. Individu-individu yang kononnya rakan, sahabt dan kawan dunia akhirat. I can simply forgive but i won't forget. Perasaan marah yang tak dapat dibendung menyebabkan saya membenci individu-individu tersebut sehinggakan saya tidak dapat melihat kelibat mereka malahan menyebut nama mereka pun saya tak sudi.

Maafkan aku ya Allah....aku tak sekuat dan setabah orang lain dalam membendung amarah ini......maafkan kerana aku masih belum mampu mencontohi sifat Kekasihmu, Rasulullah S.A.W

0 Readers' Says: